Langkah (1): Buat akaun baharu (Sign up) di lawan web universiti yang dipilih
Setiap kali anda ingin memohon ke universiti tersebut, anda hendaklah membuat akaun baharu. Sesetengah orang akan meminta bantuan agen untuk urusan permohonan namun saya memilih untuk membuat semuanya sendiri. Isi sahaja dan masukkan maklumat peribadi seperti emel, nama dan katalaluan. Selepas itu anda sudah bersedia untuk membuat permohonan.
Langkah (2): Login ke akaun tersebut dan lihat sekali imbas semua maklumat yang diperlukan
Kebiasaannya akaun tersebut tidak akan ada tarikh tamat tempoh (kecuali University of Oxford dan University of Cambridge kalau tidak silap), jadi ambil sahaja sebanyak mana pun masa yang diperlukan untuk memohon.
Apa yang saya lakukan selepas membuka akaun buat pertama kali adalah melihat sekali imbas semua section dan isi semua maklumat yang saya tahu dahulu. Selepas itu saya akan tutup dan sambung hari lain.
Waktu buka buat pertama kali tu bahagian yang paling penting adalah bahagian personal statement. Dekat ruang ni, kebiasanya pihak universiti ada nyatakan syarat-syarat yang perlu anda letak pada personal statement anda. Pastikan anda menulis personal statement mengikut apa yang ditanya.
Langkah (3): Sediakan personal statement
Saya tak pasti orang lain tapi penyediaan personal statement merupakan antara perkara yang paling saya kurang gemar. Hal ini demikian kerana, setiap universiti meminta anda untuk menceritakan perkara yang berbeza. Oleh itu, saya selalu mengambil masa yang agak lama untuk menyediakan dokumen ni. (Paling kurang pun seminggu)
Tips menyediakan personal statement - lihat sahaja contoh di Google dan cubalah ubah ayat sikit-sikit mengikut pengalaman, personaliti dan pencapaian diri anda. Saya rujuk website ni:
https://mitcommlab.mit.edu/eecs/wp-content/uploads/sites/6/2016/09/CS-grad-school-personal-statement-annotated-example-2.pdf
https://www.careereducation.columbia.edu/resources/how-write-personal-statement-phd-program-application
https://www.phdportal.com/articles/2095/personal-statement-example-student-applying-for-a-phd-in-literature.html
https://www.studential.com/personal-statement-examples/phd-personal-statement
Langkah (4): Academic references letter
Bahagian references pun antara bahagian yang bagi saya amat leceh, lebih-lebih lagi apabila anda ingin memohon untuk PhD. Untuk Master (by coursework), anda dibenarkan untuk memuat naik pdf file surat references anda. Namun, jika anda memohon untuk PhD, pihak universiti akan menghubungi referees anda secara langsung ke emel rasmi mereka untuk memuat naik surat references anda .
Apa masalahnya? Masalah akan timbul apabila anda ingin memohon lebih daripada satu universiti. Untuk Master okay lagi, surat yang anda dapatkan boleh digunakan untuk mohon sebanyak mana pun universiti. Namun untuk PhD, setiap kali anda mohon sesebuah universiti, setiap kali itulah universiti akan meminta references letter daripada referees anda. Jadi, pastikan referees yang anda pilih tu memang benar-benar setuju untuk menghantar surat references anda setiap kali anda perlukan.
Tanpa surat references ni, permohonan anda TIDAK akan diproses. Dan kebiasaannya references perlu dua.
Disebabkan perkara ini, waktu mohon Master saya dapat mohon hampir 10 universiti namun begitu saya hanya mohon 2 universiti waktu PhD.
Langkah (5): [Hanya untuk pelajar PhD] Proposed supervisor's name
Nanti waktu memohon anda juga akan menjumpai ruangan proposed supervisor's name. Bahagian ni WAJIB untuk diisi oleh pelajar PhD untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk mendapat surat tawaran.
Seperti yang saya nyatakan diatas, saya hanya mohon 2 universiti untuk PhD. Salah satu universiti saya mohon tu saya tiada letak nama cadangan penyelia penyelidikan dan saya tidak dengar sebarang berita pun daripada universiti tersebut selepas saya menghantar permohonan, aka GAGAL permohonan. Jadi, ruangan ini pun sangat penting untuk diisi.
Nama supervisor ni kalau boleh jangan letak sesuka hati selagi anda tidak mendapatkan persetujuan daripada mereka bahawa mereka bersetuju untuk menjadi penyelia anda. Jadi anda WAJIB approach mereka dulu untuk mendapatkan persetujuan.
Saya akan ceritakan tips cara untuk approach supervisor di blog akan datang.
Langkah (6): Upload semua dokumen yang diminta
Senarai dokumen yang diperlukan ni saya ada cerita di blog saya sebelum ini, boleh rujuk.
https://izyphd.blogspot.com/2023/07/cara-memohon-phd-di-universiti.html
Kalau boleh, upload semua dokumen. Namun kalau dokumen masih belum ada, boleh sahaja upload kemudian (baca dulu syarat permohonan apa yang boleh hantar kemudian sebab bukan semua boleh hantar kemudian).
Langkah (7): Hantar permohonan
Hantar sahaja permohonan selepas semua lengkap diisi. Sesetengah program Master perlu bayar deposit (selalunya universiti terkemuka ada bayaran). Deposit ini WAJIB dibayar sebelum permohonan diproses. Selepas itu tunggu sahaja surat tawaran untuk Master. Untuk PhD akan ada temuduga.
Tempoh dapat surat tawaran berbeza mengikut universiti. Ada universiti cepat memberi maklum balas ada yang sangat lambat. Macam biasa, jawapan estimate duration dalam Google selalunya tepat. Mengikut pengalaman [waktu mohon Master], University of Manchester, Queen Mary University dan University of Sheffield cepat bagi respon. University of Bristol, University of Liverpool dan University of Nottingham ambil masa sedikit.
Langkah (8): [Hanya untuk pelajar PhD] Tunggu panggilan temuduga
Sekiranya anda merupakan pelajar PhD, anda akan ada panggilan temuduga. Penemuduga merupakan penyelia anda. Seperti biasa, tips temuduga saya akan ceritakan di blog akan datang.
Selepas temuduga, jika anda berjaya dan anda telah menghantar semua dokumen, anda akan mendapat unconditional offer letter.
Jika anda berjaya namun dokumen masih tak lengkap (contohnya belum menduduki IELTS), anda akan mendapat conditional offer letter.
Kedua-dua jenis surat ini boleh digunakan untuk memohon biasiswa/pinjaman pelajaran.
Okay tu ja tips semoga berjaya!
Izy @izyphd