Monday, 24 July 2023

To-do-list sambung belajar Master @ PhD ke United Kingdom

Dokumen diperlukan

(1) Untuk memohon universiti

Kebiasaanya dokumen yang diperlukan untuk memohon Master @ PhD di United Kingdom adalah

  1. Transkrip dan sijil rasmi Ijazah Sarjana Muda
  2. Transkrip dan sijil rasmi Ijazah Sarjana (sekiranya berkaitan)
  3. IELTS Academic test
  4. Dua/tiga references (selalunya mesti akademik)
  5. CV/Resume
  6. Personal Statement
  7. Research proposal
  8. Lain-lain

(2) Untuk memohon biasiswa

Jika anda memohon biasiswa dalam negara, dokumen yang diperlukan adalah

  1. Transkrip dan sijil rasmi Ijazah Sarjana Muda
  2. Transkrip dan sijil rasmi Ijazah Sarjana (sekiranya berkaitan)
  3. IELTS Academic test
  4. CV/Resume
  5. Research proposal
  6. Salinan sijil-sijil bukan akademik beserta pengesahan (serkiranya berkaitan)
  7. Salinan kad pengenalan diri/pasangan/ibubapa/penjaga
  8. Surat beranak diri/pasangan/ibubapa/penjaga (untuk permohonan biasiswa/pinjaman bumiputera)
  9. Conditional/Unconditional offer letter
  10. Gambar pasport terkini
  11. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  12. Pengesahan pendapatan diri/pasangan/ibubapa/penjaga (slip gaji etc)
  13. Esei (sekiranya berkaitan)
  14. CV Penyelia (sekiranya berkaitan)
Saya telah memohon sebanyak enam biasiswa/pinjaman dalam negara dan ini merupakan semua dokumen yang pernah diminta oleh semua/sesetengah pihak tajaan.

Apa yang perlu dibuat selepas mendapat tawaran biasiswa/pinjaman

  1. Medical checkup
  2. CAS Number (untuk dapatkan Financial Statement bagi pelajar tajaan MARA)

(3) Untuk memohon visa

Dokumen yang wajib anda sediakan untuk memohon visa adalah

  1. CAS number (hanya akan dapat selepas anda memperoleh unconditional offer letter)
  2. TB Screening test (aktif hanya 6 bulan)
  3. Passport yang sah
  4. Financial Affidavit/Financial Statement (daripada pihak tajaan biasiswa/pinjaman atau akaun peribadi atau akaun ibubapa)
  5. ATAS Certificate (jika berkaitan)



No comments:

Post a Comment