Tips (1): Sediakan duit secukupnya
Terdapat dua bayaran yang dikenakan semasa memohon UK Student Visa iaitu Yuran Visa dan Yuran Insurans Kesihatan (Immigration Health Insurance). Harga Yuran Visa untuk tahun 2023 adalah sebanyak £363 dan Yuran Insurans Kesihatan dibayar mengikut jumlah tahun anda tinggal di UK, iaitu £624/setahun. Saya dengar khabar bahawa Yuran Insurans Kesihatan bakal dinaikkan ke £1035. Yuran Visa juga bakal naik sebanyak 15%.
Sila pastikan anda mempunyai duit secukupnya sebelum membuat permohonan visa meskipun anda merupakan pemegang biasiswa, kecuali anda merupakan pemegang Biasiswa Chevening, Commonwealth atau Marshall. Ini kerana anda pasti akan memohon visa terlebih dahulu sebelum anda dikreditkan bayaran pertama daripada pihak biasiswa anda.
Tips (2): Pastikan dokumen anda lengkap
Anda hanya boleh memohon visa selepas semua dokumen anda lengkap. Dokumen yang anda perlukan untuk memohon (jika anda warganegara Malaysia) adalah
- CAS Number
- Financial Affidavit atau Financial Statement*
- TB Screening test**
- Passport yang aktif
*Jika anda merupakan pelajar tajaan MARA, anda WAJIB dapatkan Financial Statement dahulu sebelum memohon. Untuk tajaan biasiswa lain-lain, pastikan anda tanya pihak tajaan tersebut mana satu dokumen yang sesuai. Sesetengah pihak tajaan seperti JPA memadai untuk mohon visa hanya dengan menggunakan Financial Affidavit. Yang penting dalam penyata itu ada sertakan jumlah tajaan secara spesifik. Rujuk laman web ini untuk mengetahui apa maklumat yang perlu dalam penyata anda:
**TB test ini hanya boleh dibuat di beberapa hospital sahaja di dalam negara. Harga berbeza mengikut hospital. Saya buat di Lifecare Diagnostic Medical Centre Sdn Bhd, Bangsar. Harga TB test disana adalah sebanyak RM260 untuk tahun 2023. TB test hanya valid untuk 6 bulan. Jadi, kalau tidak mahu membazir duit, jangan buat awal sangat. Keputusan TB test akan dapat pada hari yang sama, kecuali jika anda terkena jangkitan TB. Boleh ja anda buat TB test sehari sebelum anda hadir ke VFS biometric appointment. Senarai hospital boleh didapati di laman web rasmi GOV.UK:
Tips (3): Prosedur memohon UK Student Visa
Terdapat dua laman web berasingan yang anda perlu buka semasa memohon UK Student Visa, iaitu
- GOV.UK https://www.gov.uk/student-visa/apply
- VFS Global https://visa.vfsglobal.com/mys/en/nld/login
Anda perlu memohon visa dan membuat pembayaran Yuran Visa serta Yuran Insurans Kesihatan di laman web pertama (GOV.UK). Selepas itu, anda akan diminta untuk memilih tarikh temujanji di laman web kedua (VFS Global).
Bayaran pertama yang dikenakan adalah Yuran Insurans Kesihatan. Selepas anda membayar yuran ni, anda akan diminta untuk membayar Yuran Visa. Selepas membayar kedua-dua yuran, barulah anda boleh memilih tarikh temujanji.
Temujanji ke VFS Global adalah bertujuan untuk menyerahkan passport anda. Ketika temuduga ini, semua cap jari anda akan di scan, dan gambar anda akan diambil. Walaupun dipanggil temuduga, tiada sebarang sesi perbualan dijalankan. Hanya perlu hantar passport, ambil gambar, ambil cap jari dan balik.
Tips (4): Cara mengisi borang UK Student Visa
Borang untuk mengisi UK Student Visa ni agak panjang dan terperinci. Waktu saya isi, saya melihat contoh cara mengisi daripada beberapa universiti seperti:
https://www.nottingham.ac.uk/aglobaluniversity/documents/studywithus/visaimmigration/overseas-visa-application-form-guidance.pdf
Secara umum, hampir semua maklumat boleh didapati di dalam CAS Number anda. Sebab itulah anda tidak boleh mohon visa tanpa CAS Number.
Ada juga sesetengah pelajar yang minta bantuan agen untuk mengisi borang ini jika tidak mahu mengisinya sendiri. Namun, saya tiada pengalaman ni jadi saya tidak boleh kongsikan.
Tips (5): Mohon seawal yang mungkin
Tempoh visa siap dan passport anda boleh dikutip balik adalah berdasarkan kepada (1) jenis servis yang anda pilih dan (2) waktu anda mohon - pada bulan berapa.
Anda boleh pilih untuk menggunakan servis standard visa atau priority visa. Untuk standard visa, kebiasaannya visa akan siap dalam 3 minggu. Jika anda pilih priority visa, kebiasaannya visa akan siap dalam 3-5 hari. Jika anda mohon visa pada bulan Ogos/September, waktu visa siap pasti akan lebih lama. Priority visa tu caj Yuran Visa kena bayar double price.
Saya mohon visa sekitar pertengahan Julai 2023 (menggunakan servis standard visa) dan waktu ni pelajar A-level belum dapat keputusan rasmi mereka lagi. Jadi saya dapat keputusan visa hanya selepas seminggu saya memohon. Cepat, kan! Jadi mohonlah seawal yang mungkin.
Ok tu ja. Nanti saya update kalau ada penambahan tips.
Izy @izyphd
No comments:
Post a Comment