Langkah (1) : Ketahui semua dokumen yang diperlukan oleh universiti dan bidang yang ingin dipohon
Setiap universiti dan bidang meminta anda untuk menyediakan dokumen yang berlainan. Syarat juga berbeza-beza. Ada universiti yang mempunyai syarat yang lebih ketat berbanding yang lain. Justeru itu, pastikan anda periksa setiap laman web universiti serta bidang yang anda ingin pohon dan memastikan dokumen anda selengkap yang mungkin sebelum anda memulakan permohonan.
Contohnya, anda ingin memohon bidang Sains Kardiovaskular di beberapa universiti. Anda boleh lihat di ruangan entry requirements di setiap laman web universiti yang anda minat untuk mengetahui syarat-syaratnya.
Anda juga kena tahu bahawa setiap universiti akan mempunyai nama program yang sedikit berbeza antara satu sama yang lain meskipun menawarkan bidang yang sama.
Sebagai contoh:-
| Laman web University of Edinburgh https://www.ed.ac.uk/studying/postgraduate/degrees/index.php?r=site/view&id=208 |
| Laman web University of Oxford https://www.ox.ac.uk/admissions/graduate/courses/dphil-cardiovascular-science |
| Laman web University College London https://www.ucl.ac.uk/prospective-students/graduate/research-degrees/cardiovascular-science-mphil-phd |
Jika anda perhatikan gambar-gambar diatas, tarikh tutup permohonan setiap universiti juga berbeza. Oleh itu, mohon secepat yang mungkin.
Langkah (2): Senaraikan dokumen yang diperlukan
Kebiasaanya dokumen yang diperlukan untuk memohon Master @ PhD di United Kingdom adalah
- Transkrip dan sijil rasmi Ijazah Sarjana Muda
- Transkrip dan sijil rasmi Ijazah Sarjana (sekiranya berkaitan)
- IELTS Academic test*
- Dua/tiga references (selalunya mesti akademik)
- CV/Resume
- Personal Statement
- Research proposal**
- ATAS Certificate***
- Lain-lain
Langkah (3): Sediakan dokumen yang diperlukan secepat yang mungkin
Bukan semua dokumen yang diperlukan boleh didapati segera.
Dokumen seperti IELTS Academic agak menjengkelkan untuk didapati, apatah lagi jika anda memerlukan band yang tinggi untuk diterima ke universiti dan bidang pilihan anda. Setiap kali anda ingin menduduki ujian, yurannya amat mahal (sekarang yuran RM795). Jika anda gagal, anda wajib mendudukinya sehingga anda berjaya. Duduk ujian IELTS ini pun bukan ada di setiap daerah. Pastikan anda lepas ujian ini dahulu nasihat saya sebelum buat perkara lain.
Namun begitu, jika ada dokumen anda tak lengkap, jangan risau! Anda masih boleh menghantar dulu permohonan anda dan jika anda melepasi kesemua syarat kecuali dokumen yang tertinggal tersebut, pihak universiti akan mengeluarkan conditional offer letter dahulu. Conditional offer letter ini boleh digunakan untuk memohon biasiswa/pinjaman pelajaran sementara kamu menunggu Unconditional offer letter.
Langkah (4): [Hanya untuk pelajar PhD] Cari dan hubungi supervisor pilihan anda
Sekiranya anda ingin menyambung pelajaran dalam peringkat PhD, anda WAJIB mencari dan menghubungi beberapa pensyarah di universiti dan bidang anda untuk dijadikan sebagai penyelia penyelidikan sebelum memulakan permohonan. Permohonan tanpa penyelia tidak digalakkan sama sekali! (Saya pernah cuba dan gagal menerima tawaran)
Saya akan ulas cara-cara mencari dan menghubungi supervisor ini di blog akan datang.
Langkah (5): Anda bersedia untuk memohon!
Saya akan kongsikan tips-tips memohon Master @ PhD di universiti terkemuka di United Kingdom di blog seterusnya.
Izy @izyphd



No comments:
Post a Comment