Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) di University College London, United Kingdom (UK). Sebelum ini, saya merupakan graduan Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Malaya, Malaysia.
Saya telah membuat percubaan (attempt) untuk menyambung pelajaran ke luar negara, di UK, sebanyak dua kali. Pertama untuk program Master sekitar akhir tahun 2019 sehingga pertengahan tahun 2020, dan saya GAGAL untuk meneruskan impian saya ke UK pada waktu itu disebabkan (1) COVID-19 melanda dan (2) keputusan IELTS saya tak lepas. Saya ambil pengajaran sewaktu saya memohon buat pertama kalinya itu dan mencuba lagi nasib kali kedua untuk program PhD pula dan syukur saya berjaya pun untuk mencapai cita-cita saya 4 tahun kemudian.
Saya membuat keputusan untuk menulis pengalaman saya di dalam blog ini untuk membantu anda untuk mengecapi cita-cita anda juga. Anda juga boleh menghubungi saya melalui Instagram saya @izyphd sekiranya anda mempunyai soalan spesifik dan tidak menjumpainya di blog ini mahupun di Instagram saya.
Semoga berjaya!
Izy @izyphd
No comments:
Post a Comment