Langkah (1): Kenalpasti apa bidang penyelidikan yang anda ingin buat
Sebelum memulakan pencarian supervisor, anda perlu tahu bidang penyelidikan apa yang anda perlu buat, walaupun saya rasa hampir semua yang nak buat PhD pasti tahu apa bidang sudah anda nak, kan?
Kalau tiada tajuk sendiri, jangan risau! Yang tu nanti tanya ja supervisor anda mereka ada projek apa yang avaialable. Yang penting anda tahu pengkhususan penyelidikan anda apa.
Langkah (2): Senaraikan universiti yang anda ingin mohon
Mesti waktu mohon bukan satu ja universiti yang anda tertarik untuk pergi, jadi senaraikan semuanya. Jangan terlalu banyak. Potong universiti yang anda rasa anda tak layak untuk pergi/kurang berminat.
Waktu mula-mula nak mohon, saya bercadang untuk pergi ke salah satu universiti ni:
- University of Oxford
- University of Cambridge
- Imperial College London
- UCL
- University of Manchester
- University of Edinburgh
- University of Warwick
- University of Bristol
- UCL
- University of Edinburgh
- University of Manchester
Langkah (3): Cari sebanyak mana potential supervisor yang anda suka
Saya pergi ke laman web senarai pengajar di 3 universiti yang saya pilih, dan mula membaca maklumat peribadi mereka, terutama sekali bahagian penyelidikan. Saya guna fungsi filter, dan hanya baca maklumat pengajar yang ada sama minat dengan saya. Lepastu saya screenshot semua pengajar yang saya berkenan.
Saya baca jurnal mereka dan cuba untuk memahaminya. Proses ni saya ambil masa lebih kurang sebulan lebih juga untuk buat, bukan sehari dua. Ambil ja masa sebanyak yang mungkin untuk memilih supervisor.
Langkah (4): Approach potential supervisor
Selepas sebulan lebih membaca dan berfikir, barulah saya mula approach mereka dengan mengemel mereka hasrat saya untuk memulakan PhD saya dan jika mereka boleh mengambil pelajar PhD. Anda boleh rujuk link dibawah bagaimana untuk menulis emel:
Jangan risau kalau anda kena reject, atau nda kena reply. Ahli akademik sememangnya antara manusia yang sibuk, jadi anda hanya perlu hantar follow-up emel jika anda tidak dengar khabar dalam seminggu. Mereka akan balas tu. Kalau tak juga kena balas, approach ja supervisor lain. Satu lagi tips, kalau send emel paling bagus buat scheduled email dan hantar tepat pada 9.00am UK time @ 3.00pm di Malaysia. Supervisor saya sentiasa reply emel saya apabila saya buat scheduled email.
Langkah (5): Perbualan tak rasmi
Sekiranya potential supervisor tu rasa anda sesuai untuk menjadi pelajar mereka, mereka akan berbincang dengan anda dan akan mengadakan satu perbualan tak rasmi secara dalam talian. Perbualan ni boleh jadi apa sahaja topik, apa ja cerita, tidak terikat.
Disini anda bukan hanya perlu untuk memastikan anda buat yang terbaik semasa sesi perbualan, tapi anda juga kena pastikan anda selesa dan suka dengan potential supervisor yang anda tengah bercakap tu. maksudnya, kena dua hala!
Kalau mereka berpuas hati dengan anda tapi anda tidak selesa dengan cara mereka, anda bole ja tolak.
Supervisor ni akan menjadi orang yang paling kerap anda jumpa untuk sepanjang 3/4 tahun. Pastikan anda pilih yang terbaik untuk anda.
Langkah (6): Pilih supervisor!
Kalau semua ok, apalagi, pergi mulakan permohonan universiti anda dan di preferred supervisor's name letak nama supervisor yang telah bersetuju untuk menjadi supervisor anda.
Langkah (7): Temuduga rasmi bersama supervisor
Anda tidak akan dapat surat tawaran tanpa interview, tapi berita baik interview ni prospective supervisor anda yang akan interview. Supervisor saya pernah kata dengan saya as long as kita cukup semua syarat, mereka terima ja takkan gagal. Tapi tu supervisor saya lah katakan begitu, saya tak pasti supervisor lain.
Izy @izyphd
No comments:
Post a Comment