Tips (1): Jawab dengan jujur
Tujuan temuduga ni dijalankan adalah untuk potential supervisor mengenal diri anda. Jawab dengan konfiden dan jujur. Tak perlu tiru jawapan Google.
Tips (2): Apa soalan yang sering keluar?
Soalannya soalan-soalan standard. Boleh rujuk laman web ni:
https://www.indeed.com/career-advice/interviewing/common-phd-interview-questions
https://www.findaphd.com/guides/phd-interview-questions
Saya ingat soalan saya ditanya adalah:
- Kenapa mahu belajar di UCL?
Tips (3): Tak tahu, kata ja tak tahu
Sebagai manusia biasalah ada perkara kita tak tahu. Kalau anda betul-betul tak tahu jawapan kepada soalan yang ditanya, beritahu sahaja tak tahu.
Tips (4): Pembentangan research proposal
Sebelum sesi Q&A, anda perlu membuat pembentangan research proposal selama 10 minit. Pembentangan ni kalau pengalaman saya boleh buat pembentangan penyelidikan dahulu atau terkini. Saya pilih untuk bentang penyelidikan Master saya. Lepastu sesi Q&A yang bertubi-tubi akan dijalankan.
Izy @izyphd
No comments:
Post a Comment